Vitamin Shaklee original untuk warga Tuaran sejak 2012.

Tentang Solehah Misaha

Assalamualaikum dan salam sejahtera 🤗

Saya Solehah Misaha, membantu warga Tuaran mendapatkan vitamin dan suplemen Shaklee original sejak 2012. 

Segalanya bermula daripada keinginan kecil seorang ibu yang mahu melihat keluarganya sihat dan bertenaga setiap hari.

Sebelum ini saya merupakan pegawai eksekutif di sebuah universiti tempatan. Saya mempunyai kerjaya yang stabil dan jawatan yang baik. 

Namun dalam satu fasa kehidupan, saya membuat keputusan besar — melepaskan jawatan tersebut untuk memberi fokus kepada anak-anak dan keluarga.

Ramai yang bertanya, “Tak sayang kerja?”

Bagi saya, setiap wanita ada pilihan dan jalan rezeki masing-masing.

Master Solehah Pengedar Shaklee Tuaran sejak 2012
Si kecil bergaun putih itu lah push factor yang membuatkan saya berani keputusan jadi surirumah sepenuh masa


Saya memilih untuk menjadi surirumah sepenuh masa, tetapi saya tetap mahu menyumbang, berkembang dan membantu orang lain. Dari situlah saya benar-benar serius membina bisnes Shaklee dari rumah.

Alhamdulillah, lebih 10 tahun dalam bidang ini, saya bukan sahaja membantu ramai keluarga di Tuaran menjaga kesihatan, malah telah membimbing lebih 30 orang pengedar Shaklee dari seluruh Malaysia menjana pendapatan 4 angka sebulan. 

Kini, team Lionize terdiri daripada lebih 2,000 orang ahli. Ada yang bermula sebagai surirumah, ada yang bekerja sepenuh masa — semuanya bermula dengan langkah kecil dan bimbingan yang konsisten.

Saya percaya kejayaan bukan tentang jawatan atau pangkat. 

Master Solehah Pengedar Shaklee Tuaran dan Team Lionize
Antara gambar kenangan bersama team Lionize selepas menghadiri seminar Shaklee.


Ia tentang manfaat yang kita beri. Tentang keberanian membuat pilihan. Tentang usaha yang dibuat walaupun bermula dari ruang tamu sendiri.

Hari ini, saya beroperasi dari rumah dengan penuh rasa syukur. Saya menyediakan konsultasi percuma melalui WhatsApp, servis COD sekitar Tuaran serta penghantaran ke seluruh Malaysia.

Jika anda mencari vitamin Shaklee original di Tuaran, atau anda seorang wanita yang ingin menjana pendapatan dari rumah tanpa mengabaikan keluarga, saya sedia berkongsi pengalaman dan membimbing anda langkah demi langkah.

Kerana setiap orang berhak sihat.

Dan setiap wanita berhak mempunyai pilihan.

Klik WhatsApp untuk berbincang dengan saya 🤗

0 Comments:

Post a Comment

Recent Posts

Solehah Misaha

Solehah Misaha
💼 Master Coordinator Shaklee
🤝 Founder team Lionize
🧕 Surirumah Professional

Kesihatan wanita bukan sekadar fizikal. Ia juga tentang Hati dan Harapan. Jom sama-sama melangkah jadi wanita sihat, kuat dan solehah.. kerana menjadi wanita itu Amanah.

Slider

5-latest-800px-slider